Pages

Thursday, 8 November 2012

Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. (14%)


kerana    sementara    sambil     tetapi    lalu     agar   sejak


1.      Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan 
oleh Cikgu Wong.
2.      Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus 
nasi lemak.
3.      William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4.      Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka 
makan sayur.
5.      Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar
oleh kereta.
6.      Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita 
terjamin.
7.      Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam 
kemalangan.

Jawapan : 1. lalu, 2. sementara, 3. sambil, 4. tetapi, 5. kerana, 6. agar, 
7. sejak

Penjodoh bilangan

Tuliskan penjodoh bilangan untuk benda-benda di bawah :
Helai      batang    angkatan   baris   bentuk   biji    buah     bilah      ekor      
naskhah    orang      pucuk         ulas             utas             rangkap         patah          kuntum               

1.       se____________________________                 rambut
2.       se ____________________________                risalah
3.       se_____________________________              pantun
4.       se_____________________________              perkataan
5.       se_____________________________              tokong
6.       se _____________________________             sungai
7.       se _____________________________             kedai
8.       se_____________________________              polis
9.       se _____________________________             dawai
10.   se _____________________________             mata kail

Imbuhan

Bentuk imbuhanFonem pertama
kata dasar
Gugurkan?ContohHuraian
pem-/b/Tidakbaris → pembaris
/p/Yapanah → pemanahKecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: pempamer
pen-/c/
/d/
/j/
/sy/
Tidakcuri → pencuri
datang → pendatang
jahat → penjahat
syarah → pensyarah
/t/Yatari → penariKecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: pentadbir
peng-(vokal)Tidakarah → pengarah
/g/Tidakganti → pengganti
/k/Yakarat → pengaratKecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: pengkaji
peny-/s/Yasakit → penyakitKecuali sesetengah kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: penstabil
pe-/l/
/m/
/n/
/ng/
/ny/
/r/
/w/
/y/
Tidaklambung → pelampung
makan → pemakan
nyanyi → penyanyi
rasa → perasa
wangi → pewangi
penge--Tidaksah → pengesahUntuk kata dasar satu suku kata sahaja.

Tuesday, 6 November 2012

Kata Panggilan


Berdasarkan gambar, namakan kata panggilan yang betul.

Zoo


  1.Teliti gambar C.Namakan aktiviti ini.

 
---------------------------------------------------

 
2. Ceritakan faedahnya.
--------------------------------------------------------------

 

--------------------------------------------------------------
3. Sebutkan  aktiviti lain yang bermanfaat.

 
------------------------------------------------------------------

Bahasa Melayu

Dua orang murid perempuan sedang membaca buku Bahasa Melayu di depan kelas.
 
Dua orang murid meneliti cerita dalam buku Bahasa Melayu dengan penuh perhatian.
 
Sekumpulan murid berdiri di depan kelas membaca petikan dengan suara yang lantang.
 
 

UPIN & IPIN


Cerita Rakyat Hulu Langat


Kata Sendi Nama

 Latihan tatabahasa.


Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

pada   dari   di   dengan   sehingga   untuk   oleh   daripada

1. Kerusi yang dibelii oleh ayah itu diperbuat……………………. rotan.
2. Amin selalu pergi ke taman permainan di belakang rumahnya…………
waktu petang.
3. Budak lelaki itu menangis……………. matanya menjadi merah.
4. Emak menyiang ikan ……………………………pisau yang tajam.
5. Buku ini saya beli………………………kakak yang sedang belajar di luar
negara.
6. Syawal tinggal…………………. Kampung Seberang Takir.
7. Bola yang ditendang ……………….. Fazli tepat masuk ke gawang.
8. Abang ipar saya berasal …………………………… negeri Selangor.

Sunday, 4 November 2012

PENJODOH BILANGAN

  • biji
  • buah
1. Kok Chee makan se__________ epal.
2. Ayah membeli se_________kek.
3. Kakak membasuh se________gelas.
4. Saya ada lima________novel.

  • bilah = benda tajam,senjata
  • batang = ada tangkai yang panjang,sungai,gigi,
1. se__________pisau
2. se__________jarum
3. se__________paku
4. se__________gergaji
5. se__________ sabit

Kata Sendi Nama

  • dari: untuk tempat, arah dan masa
  • daripada: untuk menunjukkan perbandingan, sumber, punca dan benda abstrak.
1 Saya baru pulang ______________Ipoh.
2. Saya baru menerima surat _______________Akmal.
3. Baju kebaya yang berwarna hijau itu diperbuat ____________ kain sutera.
4. Mulai ____________ hari ini saya tidak akan datang ke sini lagi.

Kata Pemeri

  • ialah: digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama
  • adalah: digunakan di hadapan frasa adjektif, frasa sendi nama, kata adjektif dankata sendi nama.

1. Zaiti ___________ anak bongsu Encik Osman dan Puan Salina.
2. Bangunan itu dibina _____________pada tahun 2000.
3. Kereta bapa ___________ yang merah itu.
4. Rumah yang besar itu _____________rumah saya.

Latihan Imbuhan Awalan and Akhiran

Tuliskan imbuhan awalan me- and akhiran –an, -kan atau -i yang sesuai untuk kata dasar di bawah :

jelas - __________                 nyata - ____________
lancer - ________                     cadang - ___________
galak - __________                 bubuh - ___________
amal - __________                  kekal - _____________
tahu - __________                   rujuk - _____________

Antonim dan Sinonim 1


berguna
berkerjasama
segar
menolong
askar
Rajin

Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan sinonim di atas:

bergotong-royong = _____________________

tentera = ______________________________

nyaman = _____________________________

berfaedah = ____________________________

membantu = ____________________________

tekun = _______________________________

===============================================

malas
sengsara
sedih
kacau-bilau
datang
benci

Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan antonim di atas:

aman = __________________________________

gembira = ________________________________

bahagia = ________________________________

tekun = __________________________________

sayang = _________________________________

pulang = _________________________________

Cerita Kanak-Kanak


Friday, 2 November 2012

Cerita Rakyat 2

Anjing Dengan Bayang-Bayangnya.
Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging.kemudian,ia segera melarikan diri.
‘’Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!’’Jerit perniaga daning dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tdak dapat mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan termengah-mengah.
‘’Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.‘Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,’ fikir anjing liar itu.
Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.
‘’Ahhh…bodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri sendiri…’’rungut si anjing liar itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.

Thursday, 1 November 2012

Cerita Rakyat 1

Keldai dengan serigala.
Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat meragut rumput dengan senang hati.
‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya….
“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah seringala.
“Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak aku?’’tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’Kata keldai dengan berani.
‘’Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’kata serigala.’’Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu…’’
‘’Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakan aku.’’
‘’Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat.
‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat.’’Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’jerit serigala dengan marah.

Latihan Simpulan Bahasa Tahun 3 (1)

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
nyawa ikan, lidah biawak, makan angin, makan hati, keras hati, otak cair,
panjang tangan, pencuci mulut, putih tulang,
putih mata, mulut tempayan meninggal dunia
1. Ani .......................... dia belajar hingga berjaya.
2. Janji mulut Ahmad tidak boleh dipercayai kerana dia .......................... .
3. Pada cuti yang lalu keluarga kami pergi ........................... di Pulau Pangkor.
4. Orang tua itu ...............................sejak isterinya .......................... .
5. Seorang kawan saya itu .......................... .
6. Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu dalam keadaan ........................ .
7. Syahira ..........................dia berjaya naik ke darjah lima dalam ujian penilaian tahun tiga.
8. Lelaki yang .......................itu akhirnya ditangkap polis.
9. Kakak menyediakan aiskrim sebagai ........................ .
10. Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan ........................... .

Peribahasa Tahun 3 (1)

1. Ajak-ajak Ayam
Maksudnya : Ajak tidak bersungguh-sungguh
Contoh ayat : Ali mengajak saya makan dengan ajak-ajak ayam sahaja.

2. Akal Kancil
Maksudnya : Cerdik dan pintar menipu.
Contoh ayat : Hassan berjaya meniru abangnya untuk membuat kerja dengan akal Kancilnya.

3. Abu Nawas
Maksudnya : Bijak melepaskan diri.
Contoh ayat : Dia menjadi Abu Nawas bila dia ditangkap oleh penculik itu, akhirnya dia telah dilepaskan.

4. Berat tangan
Maksudnya : Malas dan tidak suka menolong.
Contoh ayat : Tidak guna untuk mengajak orang yang berat tangan untuk membuat kerja itu.

5. Berat mulut
Maksudnya : Segan bertanya atau bercakap.
Contoh ayat : Dia bukan sombong orangnya cuma berat mulut sahaja.

6. Berat tulang
Maksudnya : Malas membuat kerja.
Contoh ayat : Jika kita berat tulang, kita akan lapar.

7. Buang air besar
Maksudnya : Berak
Contoh ayat : Dia sedang buang air besar.

8. Buang air kecil
Maksudnya : Kencing
Contoh ayat : Kasim buang air kecil.

9. Cakar ayam
Maksudnya : Tulisan yang kotor dan comot, tidak cantik.
Contoh ayat : Tulisan Ali macam cakar ayam tidak dapat dibaca.

10. Geli hati
Maksudnya : Terlalu suka dan ketawa
Contoh ayat : Budak itu keluar air mata bila ketawa, geli hati betul dia.

11. Kaki bangku
Maksudnya : Tidak pandai tending bola.
Contoh ayat : Jangan harap Ali menang dalam perlawanan bola sepak kerana dia itu kaki bangku.

12. Kerang busuk
Maksudnya : Mulut yang sentiasa terbuka.
Contoh ayat : Bila mendengar orang bercakap, dia seperti kerang busuk.

13. Makan angin
Maksudnya : Pergi berjalan-jalan ke tempat lain untuk berehat atau melawat.
Contoh ayat : Mereka pergi makan angin ke Hong Kong dua minggu lamanya.

14. Mandi kerbau
Maksudnya : Mandi yang tidak cuci bersih.
Contoh ayat : Bila mandi elok menggunakan sabun, kalau tidak cuma mandi kerbau sahaja.

15. Mati katak
Maksudnya : Mati sia-sia tidak dipedulikan orang.
Contoh ayat : Orang yang mati katak itu masih terbaring di tengah jalan itu.

16. Ringan tangan
Maksudnya : Suka menolong membuat kerja.
Contoh ayat : Murid-murid dalam darjah ini semuanya ringan tangan.

17. Ringan tulang
Maksudnya : Rajin bekerja.
Contoh ayat : Lepas mencari kayu dia berkebun, dia betul-betul ringan tulang.

18. Panjang tangan
Maksudnya : Selalu suka mencuri.
Contoh ayat : Semua budak benci dia, sebab dia panjang tangan.

19. Pak turut
Maksudnya : Mengikut saja apa yang disuruh.
Contoh ayat : Kassim menjadi pak turut kerana dia mahu disuruh-suruh oleh orang.

20. Tulang itik
Maksudnya : Lekas penat bila bekerja.
Contoh ayat : Tak terbawa oleh Ali bakul itu, dia itu tulang itik.

21. Kaki ayam
Maksudnya : Tidak pakai kasut.
Contoh ayat : Orang dahulu berkaki ayam bila berjalan kerana mereka tidak mempunyai