Pages

Thursday, 8 November 2012

Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. (14%)


kerana    sementara    sambil     tetapi    lalu     agar   sejak


1.      Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan 
oleh Cikgu Wong.
2.      Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus 
nasi lemak.
3.      William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4.      Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka 
makan sayur.
5.      Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar
oleh kereta.
6.      Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita 
terjamin.
7.      Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam 
kemalangan.

Jawapan : 1. lalu, 2. sementara, 3. sambil, 4. tetapi, 5. kerana, 6. agar, 
7. sejak

1 comment:

  1. Latihan ini amat berguna dan dapat membantu saya memahami kata hubung dengan lebih mendalam.

    ReplyDelete