Pages

Thursday, 1 November 2012

Peribahasa Tahun 3 (1)

1. Ajak-ajak Ayam
Maksudnya : Ajak tidak bersungguh-sungguh
Contoh ayat : Ali mengajak saya makan dengan ajak-ajak ayam sahaja.

2. Akal Kancil
Maksudnya : Cerdik dan pintar menipu.
Contoh ayat : Hassan berjaya meniru abangnya untuk membuat kerja dengan akal Kancilnya.

3. Abu Nawas
Maksudnya : Bijak melepaskan diri.
Contoh ayat : Dia menjadi Abu Nawas bila dia ditangkap oleh penculik itu, akhirnya dia telah dilepaskan.

4. Berat tangan
Maksudnya : Malas dan tidak suka menolong.
Contoh ayat : Tidak guna untuk mengajak orang yang berat tangan untuk membuat kerja itu.

5. Berat mulut
Maksudnya : Segan bertanya atau bercakap.
Contoh ayat : Dia bukan sombong orangnya cuma berat mulut sahaja.

6. Berat tulang
Maksudnya : Malas membuat kerja.
Contoh ayat : Jika kita berat tulang, kita akan lapar.

7. Buang air besar
Maksudnya : Berak
Contoh ayat : Dia sedang buang air besar.

8. Buang air kecil
Maksudnya : Kencing
Contoh ayat : Kasim buang air kecil.

9. Cakar ayam
Maksudnya : Tulisan yang kotor dan comot, tidak cantik.
Contoh ayat : Tulisan Ali macam cakar ayam tidak dapat dibaca.

10. Geli hati
Maksudnya : Terlalu suka dan ketawa
Contoh ayat : Budak itu keluar air mata bila ketawa, geli hati betul dia.

11. Kaki bangku
Maksudnya : Tidak pandai tending bola.
Contoh ayat : Jangan harap Ali menang dalam perlawanan bola sepak kerana dia itu kaki bangku.

12. Kerang busuk
Maksudnya : Mulut yang sentiasa terbuka.
Contoh ayat : Bila mendengar orang bercakap, dia seperti kerang busuk.

13. Makan angin
Maksudnya : Pergi berjalan-jalan ke tempat lain untuk berehat atau melawat.
Contoh ayat : Mereka pergi makan angin ke Hong Kong dua minggu lamanya.

14. Mandi kerbau
Maksudnya : Mandi yang tidak cuci bersih.
Contoh ayat : Bila mandi elok menggunakan sabun, kalau tidak cuma mandi kerbau sahaja.

15. Mati katak
Maksudnya : Mati sia-sia tidak dipedulikan orang.
Contoh ayat : Orang yang mati katak itu masih terbaring di tengah jalan itu.

16. Ringan tangan
Maksudnya : Suka menolong membuat kerja.
Contoh ayat : Murid-murid dalam darjah ini semuanya ringan tangan.

17. Ringan tulang
Maksudnya : Rajin bekerja.
Contoh ayat : Lepas mencari kayu dia berkebun, dia betul-betul ringan tulang.

18. Panjang tangan
Maksudnya : Selalu suka mencuri.
Contoh ayat : Semua budak benci dia, sebab dia panjang tangan.

19. Pak turut
Maksudnya : Mengikut saja apa yang disuruh.
Contoh ayat : Kassim menjadi pak turut kerana dia mahu disuruh-suruh oleh orang.

20. Tulang itik
Maksudnya : Lekas penat bila bekerja.
Contoh ayat : Tak terbawa oleh Ali bakul itu, dia itu tulang itik.

21. Kaki ayam
Maksudnya : Tidak pakai kasut.
Contoh ayat : Orang dahulu berkaki ayam bila berjalan kerana mereka tidak mempunyai

2 comments: